Latar Belakang Umami

Bagi suatu tempoh yang lama, para saintis telah berdebat sama ada umami benar-benar rasa asas tetapi pada tahun 1985 di Simposium Antarabangsa Umami yang pertama di Hawaii, istilah Umami telah diiktiraf secara rasmi sebagai istilah saintifik yang menerangkan rasa glutamat  dan nukleotida. [7] Kini, rasa ini telah diterima secara luas sebagai rasa asas yang kelima. Umami mewakili rasa asid amino  L-glutamat dan5’-ribonukleotida seperti guanosina monofosfat  (GMP) dan inosina monofosfat (IMP).[8] . Walaupun rasa tersebut boleh dihuraikan sebagai rasa "kaldu" atau "daging" yang sedap, yang meninggalkan sensasi berpanjangan, yang menyelerakan serta menyaluti lidah, perkataan umami sememangnya tiada terjemahannya. Umami ialah umami dalam semua bahasa utama, termasuk Bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, dsbnya. Sensasi umami adalah hasil pengesanan karboksilat anion glutamat dalam sel-sel reseptor khusus yang terdapat pada lidah manusia dan haiwan. [9][10] Kesan asasnya ialah kebolehan untuk mengimbangkan rasa dan menyempurnakan keseluruhan perisa sesuatu hidangan. Umami dengan jelas akan mempertingkatkan keenakan pelbagai makanan (kajian semula Beauchamp, 2009).[11] Glutamat dalam bentuk asid (asid Glutamik) memberikan sedikit rasa umami; manakala  garam-garam asid glutamik , yang dikenali sebagai glutamat, boleh terion dengan mudah dan memberikan cirian rasa umami. GMP dan IMP akan menggandakan keamatan rasa glutamat.[10][12]

Rujukan

WikiPedia: Umami http://www.cbc.ca/news/background/senses/umami.htm... http://www.cell.com/retrieve/pii/S0092867403000710 http://www.foodprocessing.com/articles/2005/434.ht... http://www.merriam-webster.com/dictionary/umami http://www.nature.com/doifinder/10.1038/72053 http://www.nature.com/nature/journal/v444/n7117/fu... http://www.nydailynews.com/life-style/food/2010/02... http://www.nytimes.com/2004/08/15/magazine/the-way... http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S... http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S...